Warkah Usang
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.
Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.
sungguh...aku buta..
dengan segala apa yang di depan mata
tiada kenampakkan aku
ke jalan yang mahu aku tuju
dan aku terus teraba-raba
dalam gelap pandangan
maaf dariku
atas segala pembohongan tipu dan dusta
maaf dariku
atas segala hilang kasih mesra dan cinta
maaf dariku
atas segala materi yang tak memadai dan seberapa
maaf dariku
atas segala kurang lebih apa yang telah berlaku
dan untukmu
yang selalu dihati
yang selalu membayangi
yang selalu diingati
yang selalu aku nanti
semua yang berlaku itu ketentuan
tapi kebenaran yang aku tahu
semuanya bukti cinta ku
relung hati
jadi bukti
rasa ini
bukan sangsi
tapi pasti...