Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Cintaku Hilang

Sabtu, 23 Oktober 2010


hari indah yang berlalu
tanpa awan yang menemani langit biru
dengan angin yang sesekali menyapa tubuhku
mengingatkan aku

betapa waktu kita bersama
waktu kita bersuka
senyum....
dan ketawa

ke mana sajakah kau cinta?
apa kau sudah lupa
untuk merasa segala
seperti waktu yang pernah kita lalui bersama


ahh...aku terlalu benar merinduinya

Kau Mengertikah Makna Benci Ku Itu?

Selasa, 19 Oktober 2010

sekilas pandang pun
aku tatap dengan kebencian
dan aku tepis kasihan dan belas
setiap pertemuan ku iring jelingan tajam
yang membuak - buak
biarlah, kalau ini yang membuat segalanya
usai tanpa sengketa

tapi mengertikah?
kalau tatapan benci itu
bukan kerana aku bencikan dia
itu kerana aku membenci diriku
yang tak mampu menangkis rasa cinta
yang bergelumang dalam diri

dan mengertikah?
kalau jelingan yang ku iringkan itu
sebenarnya penuh dengan kasih dan sayang
yang cuba aku tolakkan ke tepi
kerana hatinya tak mampu untuk aku miliki?

Ka-Zat 13

Khamis, 14 Oktober 2010


bukankah masa itu cepat berlalu?

untuk kau hayati setiap yang berlaku
bukan untuk kau tunggu
kalau ada pun cuma untuk kau termangu

buat apa lagi mahu dijahit perca kenangan
koyakkan saja
dah tak memberi makna apa pun

Kau Novel Cinta Hidupku

Ahad, 10 Oktober 2010


aku akui,
manisnya bercinta itu kita saja yang rasa
aku juga akui
kalau sampai jodohnya ada gerbang yang menanti

tapi malang
hanya kerna kau ingat aku ini tiada harga diri
untuk kau biar dan kau pijakkan cinta ini
dan mujur juga ya...
aku cepat menyedari
kalau semuanya hanya janji
bukan ikrar hidup mati

maaf
kau bukan milikku
hakikatnya kau cuma senaskhah novel cinta
yang aku karangkan dalam hidupku.

Sumpah!!! Kau Takkan Kenal....

Rabu, 6 Oktober 2010


lihat......
dan nilai tulisan dari pena ku
lihat......
dan nilai watak dari lakonan ku
lihat......
dan nilai bicara dari nyanyian ku
lihat......
dan nilai luaran dan dalaman ku

SUMPAH!!! KAU takkan pernah kenal siapa sebenarnya AKU!!!


*barangkali mereka keliru dengan pembawaan ku yang berbeza-beza