Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Penunggu Setia

Selasa, 29 Mac 2011

Untuk kamu..........
Aku tak mahu berjanji apa - apa
takut kalau habis binasa semua
tak mahu madah, kata puitis atau sama dengannya

lama sebentar itu kehendak-Nya

cuma mahu semua biasa - biasa
tiada risau, gundah atau segala

jodoh....kalau sudah seru-Nya
kita pertahan apa adanya

untuk aku.....
cuma seperti tajuknya saja

DoaKu......PintaKu

Rabu, 9 Mac 2011

kemenungan aku seorangan
tangan ku ligat saja
menepis semua memori anganan
entah malaikat atau syaitan sebenarnya


yang mahu aku terhindar terus
atau mahu menambah pekat memori lalu


aku tidak tahu
dan aku juga tak bisa kalau mahu mengawal diri ku
perlukah tali untuk aku atau pandu arah sesuatu


untuk aku lari dari gelojak ini
tanpa menangisi habis segala yang tersisa dalam hati


aku mohon ditunjukkan sesuatu
untuk digerakkan jiwa yang kaku
untuk dihidupkan jasad yang layu

Menanti Pagi

jam berdetik yang menemani malam
semakin malap dan terus padam 
lampu jalan besar suram
kadang berkelip kadang kelam


kelihatan ada orang yang berjalan
melewati susunan rata batuan
hipnosis jiwa meragam
disampuk rasa yang kejam


sambil bergilir motor dan kereta
sesekali membingit telinga
dengan ekzos yang pelbagai suara
tidak pula mengganggu sesiapa


ada yang ketiduran
mengulit lena mimpi karya angan
saat mata begitu mengujakan
saat jiwa mendahagakan


terasa cepat benar
kalau subuh itu menjelang
dan burung mula hingar
menyambut pagi mendatang