Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Seharian Yang Aku Tak Faham

Rabu, 17 Ogos 2011

Pagi
waktu mentari baru mahu senyum
aku celikkan tidur yang masih kuat menganyam
bangkit mendongak melihat nyaman hari


Siang
menghadap terik yang benderang
ah, lesu masuk menjiwa pekat membahang
penat aku melayan sampai aku jadi songsang


Petang
otak makin melayang
derap langkah makin goyang
dan nyaris aku tertinggal bebayang


Malam
saat semua aku nampak kelam
kamar aku tatap berbalam-balam
dan aku tampalkan nota selamat tinggal untuk hari yang kejam

4 Caci Maki:

Haikal Blank berkata...

lumrah hidup yang menyongsang kadangnya. haish.

tapi masih ada hari baru bukan? :)

RazKazat berkata...

haha..semestinya~~
sebab itu perlu ada nota selamat tinggal~~

ghost berkata...

dari pagi sampai ke malam

banyak yang kau hilang.

RazKazat berkata...

itu sebab aku tak faham~~

Catat Ulasan