Warkah Usang
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.
Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.
satu,
jiwa yang menunggu dalam kotak
kemas bertutup
satu,
manusia yang lemah langkah
tunduk mengalah
satu,
hati yang sakitnya terlalu
tergantung dalam tubuh yang
rentan bayu
satu,
rangkap kata tertolak jiwa
dilampir dari lidahnya
manusia berlawanan jantina
tiada lagi kata mulia
tiada lagi senyum ketawa
beku...... larut....
dalam mahligai besar
dibalut jeriji besi kekar
diam membasi tumbuh berekar...
pilu..... hanyut....
duduk bersangkar azimat
menjujut perih keringat
hilang segala gerak ligat
aku letakkan tanganku
terangkat ke langitmu
kepada yang empunya jiwa
panjangkan pinjaman usia
untuk roh yang menderita
biar aku tak sakit dan terjulur
tak punya nyawa
mati mencelik mata
kaku setiap tatap wajahmu
bukan memaksud aku mahu bisu
lebih kepada kaget yang tak selalu menjengahku
kata mudah diomong-omong
tapi hati bukan fungsinya membohong
kejujuran tidak dibuat-buat menang
tapi masih aku mencengang
dia bukan kamu
tapi iras benar perilaku
mungkin ubat untuk rindu
ekslusif untukmu
bila matahari meninggi.....
aku bangun dan longgarkan aku kelopak mata
syukur...
Tuhan kembalikan nafasku di malam sebelumnya......