Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Bingung

Selasa, 23 Jun 2015

fahamkah bila dah ramai ke sana ke sini
mencari impian dan mengejar kejayaan
tapi kau, bungkam...diam...

nak disorongkan ke tengah kau mengah
nak ditaruk ke kanan kau pengsan
nak dihulur ke kiri kau tercari-cari
habis.... kau mahu berpatah balik?

sabar....
kadang tuhan itu sedang mengajarmu
hidup bukan bersedap di atas semata
hidup melata pun ada makna

itu makna rezeki
di tangan manusia, ada semuanya
tinggal kau tadahkan buat doa
dan kau ikut kerjakan... itu usaha
maka tuhan tidak sesekali menzalimi hambanya
lambat cepat, banyak sedikit, itu tergantung atas dirimu

Jiwa

Selasa, 2 Jun 2015

ke hulu ke hilir...dah tak tahu nak kemanakan jiwa ini
dekat jauh sama jarak
penat tak payah dikira, kaki haus berdarah melecet
nak dicari apa pun tak tahu
nak dipanggil siapa pun tak kenal
habis tinggal seorang-seorang

Masa senang semua ada

masa susah semua mencari
masa itu baru kenal mana adil
masa itu baru kenal mana cinta
masa itu juga kenal apa setia

haish.....

duduk diam salah, bising-bising marah
pandang langit, tengok bumi
muhasabah apa yang lepas
rencana apa yang mendatang

itu baru hidup

sekejap atas, tak lama duduk bawah
kalau tak kental kau hanyut
kalau kuat kau kekal
dalam diri ada jiwa, dalam jiwa ada nyawa
dalam nyawa ada iman, dalam iman ada bahagia......