Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Hari Ini

Rabu, 25 Februari 2009

hari ini hujan menabur laman,
tanpa hujan, kontang lamanku

hari ini juga, matahari kembali memancar
tanpa matahari, gelap siangku

hari ini datang bulan, sinar malam
tanpa bulan, malam jadi beku

hari ini ku bicara tentang alam
untuk apa mesti hidup, kalau semua tiada
untuk apa mesti gembira, jika untuk merana

tapi aku terus, rempuh dugaan-Nya
siapa lagi mahu bersyukur, kalau bukan aku
hamba-Nya

0 Caci Maki:

Catat Ulasan