Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Untuk Ayah

Sabtu, 21 Februari 2009

Ayah...
ku tahu kau aku berbeza
tapi darah kita sama..
cinta sayang masih ada...
kita senyum bersama..
untuk rasa yang berbeza

diam mu pendam rasa

bentakku peduli apa
tragis kisah lalu buat kita berbeza
renggang, makin bara dendam
untuk apa ku di depanmu
untuk apa kau ingatiku

acap kali ayah..

sudut gelapku kau singkap
tapi kau lupa masa lalu mu
mana kasih mana sayang
apa tak kau mengerti zahir ini
apa kau tahu jerit hati ini
ada ayah,
tapi kita makin jauh
jiwa, ikatan goyah

Dengarlah ayah...

aku mahu kau mengerti
bajingan ini masih anakmu
sudahlah egomu
kala mahu aku dipangkumu
tapi kau terus begitu
lalu bersorak syaitan-syaitan di tepi tangga
tepukan mereka mengiring
ringan langkahku berlalu
aku akan kembali
saat kau mahu aku dipangkumu
dan ku mahu pulang....


krueliszard69
21 feb 2009

0 Caci Maki:

Catat Ulasan