Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Rebah

Selasa, 3 Mac 2009

Tidak ada siapa mengingati tarikh lahir Mahatma Gandhi
atau Mother Theresa...
Tapi buat facist...
Terus meraikan harijadi Hitler sampai hari ini...
Sebanyak mana telahku beri..Sebagai penebus...
Segala dosaku padamu....Sebanyak itu juga
lah.......
Aku tidak mengharapkan ranting-ranting zaitun darimu

Selagi bunganya di situ.....
Biarkan ia layu sendiri ditangkainya...
Dunia sudah tidak perlukan aku di sini
untuk apa kau datang mencari?
Aku sudah cukup bahagia untuk rebah di pintu neraka
Jangan pula kau berbuat sesuatu
yang buat ku menderita.....Di pintu syurga

Kalau mahu menangis jangan bercakap
dan....Kalau mahu bercakap jangan menangis
Sejarah dunia merakamkan hayatku setakat ini....
tapi hati ini memberontak........
Seperti mahu hidup sepuluh ribu tahun lagi
kerana sinar menanti....
Walaupun aku ini bakal menghadap Ilahi

0 Caci Maki:

Catat Ulasan