Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Rejimen

Jumaat, 27 Mac 2009

Hari ini...genap beberapa hari berakhir tadbiran lama rejimen..nanti..berlangsung rekrut rejim baru...penantian ini bakal merubah situasi....cerminan wajah gembira bakal terpancar..tak kurang cebik mimik muka sang tewas..menandakan bukan majoriti akan dikira..bagi gerombolan pro..sudah tentu mengharap jeneral mereka mempamer prestasi yang menjangkaui pemikiran mereka yang penat dengan keletah bangsawan atasan menyimbah struktur birokrasi korup..golongan ini mengharap seliaan rejimen di bawah jeneral baru menyanggah persepsi bangsawan atasan terhadap kelonglaian upaya rejimen wakil pada golongan ini. Tanggungjawab yang harus menjadi titik tolak pada kepercayaan yang diberi, bakal diharungi jeneral baru..
Andai reformasi dan evolusi pihak yang berani mempertaruhkan suara mereka jadi kepala pada perang kali ini menang...sujud syukur buat golongan pro menanti..terkadang pihak yang mencebik akan cuba, secara tradisinya, menghasut dan membawa suara-suara hina mengeji rejim baru kelolaan pihak yang menang..itu sudah menjadi kewajipan bagi mereka..bagi mereka yang menganggap kuasa segala-galanya, kekalahan pada mereka suatu bencana, dan akan cuba mengorak korek kelemahan bakal rejimen baru..satu kemestian pada mereka..
Pada mereka..melawan bererti kau tidak patuh pada bangsawan..mereka ini kebiasaan, melampirkan ampu dan bodek yang acap kali jadi sandaran buat mereka kekal berkuasa.menjadi lembu ditarik hidung,tak mengapa bagi mereka,asal kekal pada kuasa..mereka lupa pada janji lama..mereka abaikan pengikut dan orang yang mengharapkan suara mereka sebagai wakil menyatakan kedaifan mereka..apa erti itu semua?sudah tentu golongan ampu bodek ini tak mengerti..mereka biarkan..walau pengaruh mereka kuat,tapi dek kesenangan,peduli apa?bila ditanya, nah ini jawapannya..

-kami tak dapat berbuat apa2..arahan dari pihak bangsawan membuat kami buntu..kami hanya mampu mengikut arahan sahaja..harap anda memahami..kita tiada hak menentukan segala..kami tak boleh bersuara..kami dilantik untuk bertindak mengikut arahan mereka..

Lah!!!!apa itu yang kamu mahu dengar? Mengapa tidak dapat bersuara? Hak kamu dilantik untuk bersuara...dan jangan dilupa...bukan hak bangsawan menguruskan lantikan..kami,kami menaruh keringat dan kepercayaan pada kamu menyuarakan hak kami..bukan mereka..kami memilih atas kredit kepetahan kamu bersuara..bukan mengikut kata!..dah nama pun kamu itu berpesatuankan perwakilan..jadi kamu itu wakil..bukannya kamu golongan pelaksana..yang mendengar kata membabi buta!!!...
Terus....pertelingkahan ini akan berlalu, dan yang lebih malu...cetusan telingkah ini jadi bahan tawa golongan bangsawan atasan sahaja...
Jadi...hentikan cakap2 ini..teruslah bersatu dan ingat...ampu dan bodekmu pada bangsawan tak kemana..jangan sekadar mampu mengiyakan sahaja..dan jangan sekali kau megah dan sombong berkata kau layak bagi mengisi status jeneral baru..dan mengepalai rejimen baharu..kita ini dipilih dan kita yang terpilih..buang saja ampu mu ..pijakkan bodekmu...bukan x mampu..tapi kau sendiri tahu..

0 Caci Maki:

Catat Ulasan