Warkah Usang
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.
Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.
apa lah sangat nilai tangan ini yang tiada tanda harganya
untuk disuakan ke arah jihad
apa lah jua alasan yang mampu aku beri
kalau memang aku ini muslim sejati
untuk mengelak dari korban dalam jihad
apa lah saja hati ini mengeras membatu
andai tak mampu menolak dakyah kufar
menepis agung nilai jihad
apa lah ada pada jasad ini jika mumur dalam kesiaan
selagi ada daya menongkah jihad
apa lah..........
cinta itu cinta sepi
cinta itu padam bila mati
cinta hati hanyut dek gelodak api
cinta itu tak tetap dihati
bak batu didetik air di kali
cinta itu cinta insani
tapi........
cinta satu ini cinta hakiki
cinta ini nikmatnya terasa bila mati
cinta ini cinta suci
cinta meniti tangga syurgawi
cinta agung dan tak terganti
cinta ini cinta Ilahi
tangga ini jadi saksi perginya seorang anak
tak berhalau..tak dihalang langkahnya
menapak pergi
tinggalkan memori silam kecilnya
tinggalkan kasih sayang orang tuanya
azamnya cuma satu
menggapai mimpi cita jadi nyata
bertahun menanti..tiap senja berarak
di jeti sepi angan sang bonda bayangnya
amuk sang bapa menjaring wajahnya
tak pernah dia kembali
"apa yang kau menungkan di jeti ini
yang lepas biarlah lepas"
"abang tahukah mengapa aku sering menanti di sini?"
"aku damai di sini..ombak ini membawa aku ke kaki langit
nun di sana"
"aku mahu jadi warna-warna langit agar dia melihat aku
kembali ke sini menangkap warna itu"
"tak usahlah kau fikirkan lagi..andai dia tahu kita ini darahnya..
dia akan kembali"
"kalau bukan abang yang membiar dia pergi dia takkan pergi"
"bukan salahku..dia yang mahukan itu semua.."
"tapi dia pergi dan aku tahu takkan kembali..."
doa mereka berabad mengiring dia hidup
kala angan anak itu ..tergamit pada bayang wajah
derita sang bapa...sayu sang bonda
terdetik hatinya...
"maaakkkk!!!!!!!!!!!"
"baaappppaaa!!!!!!"
kaku dia..apa fikirnya?
"aku harus pulang..aku mahu pulaaannnggg!!!!!!"
mewah dunianya ditinggalkan...
kembali dia menapak
lagak sama tika meninggalkan dunia lamanya
dia kembali...tanah asalnya digenggam..
hari ini..kembalinya anak dulunya pergi...
monolog sendirian...di pentas pantai berhembus angin ombak
"baru mahu kembali?"
terpana..kaget..mengapa ada diri silamnya hari ini?
"buat apa kau disini?"
"aku mahu berjumpa orang tuaku"
"baru mahu ketemu?..lebih baik kau pergi saja..
entahkan dihalau saja jasadmu ini pergi?"
"salahkah aku mahu ketemu mereka?mahu bersihkan jiwaku
dari perilaku mu dulu?salah?"
"kenapa aku?kau selayaknya terbeban...kehendak kau
yang berlangkah pergi?"
diam...kaget seakan mengiyakan amarah itu..
"ya..memang salahku...tapi aku kembali mahu bersujud di kaki bondaku
mau memeluk dakap bapaku..salah?"
saat habis bicara bertutur..bayang silam hilang..
langkahnya tadi ligat terhenti kejang
di tangga memori teratak usang..lama ditinggalkan
hati memanggil-manggil naik ke atas...benak kata nanti saja
hati sang bonda..apa laku anak akan dirasa
terdengar laungan sayup memanggil-manggil gelarnya
mengensot dari dapur habuk memangukan mata..
tiada siapa..luluh hatinya..terusan bonda berpaling
kembali ke dapur habuk menanak rasa yang mencengkam..
"mak..."kenal benar ia suara itu..malam siang menanti panggilan itu
doa tak berhenti..kini kembali
tunduk saja jasad di depan..membongkok
seakan mahu disujudkan di kaki sang bonda
"kali ini aku kembali dan takkan berpaling lagi"
tangis yang pernah kering basah di bahu anak itu
erat tak terlepas dakapan sang bonda
usai segala...sang bapa pulang..mencengang
"orang jauh dah kembali bang"
"ingatku kau lupa jalan pulang..berabad kau pergi baru kini kembali?"
"bapa yang salah..bapa halau aku dari rumah"
"kau pergi tak kembali..tinggalkan kami..entahkan makan
entahkan mati..kau kata aku yang salah?"
"memang bapa yang salah..kalau bapa tak halang aku takkan pergi
tapi kerna malu mahu berpatah aku terus pergi!!!!
bapa tak halang jadi aku terus tak kembali.."
airmata laju di pipi sang bonda...hendak djeritkan
tak tahu salahnya siapa..anakkah atau lakikah?
"luluh hati aku..hancur..tapi kerna memikirkan kau anak jantan..
aku lepaskan..biar kau pergi..
mencari hidup sendiri..dan kau balik..tapi
kau tak pernah kembali..biarkan kami.."
terduduk sang anak..menyembah kaki sang bapa..
bahagia dulu impian..hari ini..
di tangga memori ini..dulunya anak itu pergi
kini kembali..takkan pergi buat selamanya...
kelewatan ini aku bagai duduk di penjara seperti orang gila
memikirkan segala gulana yang memberkas dalam jiwa
sakit hati seolah menanti mati yang tak pasti
menghadapi karenah membuta tuli orang di kelilingku
hingar..menenggelamkan hilai camar yang berlegar
pening aku pening.....
selesaikah sengketa ini kalau aku terus berdiam diri
tapi perlukah aku dalam kaget menyulami hati-hati mereka
apa guna aku menabur kata-kata kosong
yang tak pernah masuk dalam jiwa
mereka yang terus mendiam batu....seperti keladi
dilimpahi terusan air yang tak henti?
apa yang aku perlu lakukan...dalam kesamaran ini...
terus menagih tragedi tak pasti
hanyut terus tanpa banjir penyatuan berterusan dalam jiwa?
gila...aku terus gila..jadi gila.....aku gila......
lorong kusam ini...
menghadirkan lahir anak itu..
dalam hina tempat itulah dia mengenal apa itu dunia
sedari merangkak,dan mahu sampai membongkok
tak setapak pun pernah lorong ini mahu ditinggalkannya
itu dunianya..lebih bermakna padanya dari syurga kota
di sebalik lorong ini
sengsara dalam hati beku kerana sayangnya pada lorong itu
biar jijik dan busuknya lorong ini,
terus saja bakti keringatnya ditumpahkan disitu
disitu lahirnya..disitu juga cintanya ada
selagi hayatnya..ia akan bertahan demi janji keramat
terlafaz sejak mukallaf..lorong ini miliknya
harga dirinya pada lorong ini, jatuh bangunnya juga dilorong ini
sebelum nafas jadi penamat, sebelum malaikat jadi tamu rohnya
dia kekal menghambur panji kudrat, peluh menyimbah dahaga
takkan berganjak walau sejejak
agar orang tahu...siapa dan apa anak itu
mahu orang tahu...untuk apa dan siapa dia perjuangkan
keringatnya nanti..bila tiba waktunya
dia kembali ke tanah azali...tempat bermula dan berakhir