lorong kusam ini...
menghadirkan lahir anak itu..
dalam hina tempat itulah dia mengenal apa itu dunia
sedari merangkak,dan mahu sampai membongkok
tak setapak pun pernah lorong ini mahu ditinggalkannya
itu dunianya..lebih bermakna padanya dari syurga kota
di sebalik lorong ini
sengsara dalam hati beku kerana sayangnya pada lorong itu
biar jijik dan busuknya lorong ini,
terus saja bakti keringatnya ditumpahkan disitu
disitu lahirnya..disitu juga cintanya ada
selagi hayatnya..ia akan bertahan demi janji keramat
terlafaz sejak mukallaf..lorong ini miliknya
harga dirinya pada lorong ini, jatuh bangunnya juga dilorong ini
sebelum nafas jadi penamat, sebelum malaikat jadi tamu rohnya
dia kekal menghambur panji kudrat, peluh menyimbah dahaga
takkan berganjak walau sejejak
agar orang tahu...siapa dan apa anak itu
mahu orang tahu...untuk apa dan siapa dia perjuangkan
keringatnya nanti..bila tiba waktunya
dia kembali ke tanah azali...tempat bermula dan berakhir
u & i
9 tahun yang lalu
0 Caci Maki:
Catat Ulasan