Warkah Usang
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.
Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.
aku tak hirau tanpa kuasa...
asal tak tergadai maruah..apalah makna kuasa
jika sekadar menggadai nama....
kalau kuasa buat aku leka dengan nama
punya kuasa bukan erti kau boleh sesuka..
punya kuasa ertinya suara untuk mereka
tampuk itu amanah..maruah
aku rela tanpa kuasa
dari menggadai maruah untuk takhta..
tak tahu kerja......mengharap nama...
aku kejar maruah...
sungguh!!!!
0 Caci Maki:
Catat Ulasan