Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Aku Dan Cinta

Jumaat, 24 Julai 2009

jika meninggalkan cinta..itu bukan kesalahan..
aku yakin kesempurnaan itu bukan milik cinta..
aku yang rapuh akan perasaan yang tersebut itu murni..
aku tak pernah mengagungkannya..
aku tak pernah mengutuk cinta..
namun aku tak pernah pula menyanjung cinta..
cinta untuk dirasa..
bukan untuk dipersalahkan..
cinta untuk dimiliki..
bukan untuk diperjual belikan..
aku tak pernah membenci cinta..
namun sampai saat ini cintalah yang membenci ku..
saat ini..
esok..
lusa..
sampai saat nanti..

0 Caci Maki:

Catat Ulasan