kata bonda
"cinta bukan dari hati,
tapi dari mata yang melihat semua segi
dan memilih untuk mengekskavasi
barulah jadi urusan hati untuk merasa"
lalu aku mula eksplorasi
dengan mimik yang penuh ekspresi
mencuba segala eksperimentasi mencari rasa benci
biar aku rasa sakit untuk mencintai
tapi matanya tak ada satupun dengki
tak ada sikit pun hati memaki
di jiwa halusnya aku cuma temui kata sejati
dan nekad aku terus pergi
menemui bonda yang sedang menggembala di hujung dapur
datang dengan muka penuh kelip sinar
aku katakan pada bonda
"aku dah jumpa cinta yang dicari,
dan aku mahu cintanya sampai mati"
u & i
9 tahun yang lalu
1 Caci Maki:
cinta sejati tidak dapat dicari
cuma mampu dirasai.
Catat Ulasan