Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Cinta Rasa Sempurna

Selasa, 9 Ogos 2011

kalau sudah ada rasa
cinta semua jadi sempurna
gagak bisa jadi enggang
yang jauh tak lagi dapat berenggang


kalau siang jadi malam
mata cerahku mula rasa kelam
waktu puteri jadi permaisuri
hatiku kosong kini selalu terisi


berpesta sekalian anak remaja zaman ini
heboh dengan cinta tak jadi mati
tapi langsung cinta mereka tak berseni
tapi kebodohan untuk terus melangkaui isi hati
buat cinta mereka rasa sempurna barangkali

4 Caci Maki:

pishangemas berkata...

betul tu. tak faham kenapa nak buat cinta antara dua insan terasa sempurna dengan buat sumbang tak memandang kanan kiri. aih.

RazKazat berkata...

darah muda...diturut, tanduk naik kepala, dikekang, hidup tunggang langgang....kita dh sampi era normalisasi perkara mungkar....

Afiq Ah berkata...

haish. ini satu sindiran.

RazKazat berkata...

klu ditegur - berlembut sudah, berkasar dikatanya kurang ajar...
jadi ambil jln tengah, sindiran jwpnnya..:)

Catat Ulasan