Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Lagu Untukmu

Selasa, 10 Februari 2009

Ini adalah lagu pertama yang gua ngan dua orang member buat dua hari sebelum Final Exam kat KTIAM. Agak jiwang sikit. Masa tu member gua tanya "ko ada lirik x? aku nak wat lagu la" gua kata collection sajak yang gua buat banyak, pilih je mana yang berkenan. Actually, sajak yg gua buat ni (sebelum jadi lagu) gua buat untuk seseorang yang special sgt pada mata hati jiwa gua (cheeiih). Sape dia tu pndai2 la cari sendiri. Malas nak crite. Tp tak tau la kot dia tau sajak ni ke x sebab gua pun tak pernah bagi sajak ni kat dia pun. Nak kate gua jiwang? bohong la klu korang kate korang x jiwang gak. Dah ada awek dah ada boyfren, tu bukan jiwang? Gua xda awek.so sape yg jiwang?pendek crite, try punye try, lirik kat bawah ni gak yang betul2 kena ngan lagu tu. mungkin tak berapa sedap, tapi ok la. Kalau nak dengar lagu ni leh mintak kat gua. Anytime. So enjoy this song. Lagu oleh Alang, lirik oleh Gua, krueliszard69. Tajuk dia Hilang..

HILANG

di saat kau bisik pada ku
hanya ku kau miliki
mungkin tiada aku dengar lagi
saat itu

jiwa ku tidak lagi
bersemadi di jasadku
hanya kaku kelu membisu
kala kau menangis
ku ada di sisimu

seperti mentari menyinar
laman hijau bumi
seperti bulan suram
tika hadir malam

sedetik kau berduka
ku temani dengan deraian hujan
hanya satu ku mahu kau tahu
aku ada untuk mu

Lagu : Alang
Lirik : Krueliszard69

0 Caci Maki:

Catat Ulasan