Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Persoalan Jihad

Ahad, 8 Februari 2009

kala menungku kadangku fikir
apa nasib agamaku
di celah sengsara jazirah anbia
mengapa semua diam kaku?
sedang darah berderu
menyimbah tanah
segala mata menatap pilu
mana jihad agung?
mana takbir laungan azimat?
aku keliru
mengapa semua tunduk membisu?
apa memang semua lahir dengan kecacatan?
tak dapat bergerak walau seinci?
atau jadi gila
sampai tak punya akal simpati?
kerna sogokan duniawi
begitu?!!
bodoh..memang bodoh diri diperlaku begitu
apa rasa andai kita yang merana?
tak kasihankah
anak kecil meratap induknya?
belum kejamkah
taburan,timbunan mayat melata?
atau....
relakah sang isteri
hilang khalifahnya?
bagaimana jika ini jadi di tanah ini?!
mahukah kita seperti ini?
bahana di negeri sendiri?
lalu..apa lamunmu?
ayuh!!!
jihad menanti
di tangga-tangga syurga...

by- krueliszard69
23 jan 2009

0 Caci Maki:

Catat Ulasan