Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Sebenarnya Aku Mahu Berhenti Berpuisi

Jumaat, 26 Jun 2009

pernah aku terfikir
untuk apa lambakkan puisi aku karangkan
memerah otakku menyusun bunga dan rima ayat
merentang rangkap bait tersusun
sekadar menatap kosong sendirian
siapa rasa ia berharga?
dan untuk dia sekalipun aku tak pernah berharap
tak goyah asa ku
tapi untuknya, ia ku karang isi hati
benar telahan orang,
apa ada pada bait kata kalau rupa tak seberapa
sekadar memuisi malai puisi
berhijab sepi tanpa balas
semua untuknya, hanya dia
sukar ditebak hatinya
apa hanya simpati, menguji atau langsung bisu diri
sampai bila..tak mahu derita hati
walaupun aku tak pasti.........

Aku...Rindu...Orang Itu...

Selasa, 16 Jun 2009

tidur aku kembali merindu
rindu akan sesuatu rindu akan orang itu
hati kepingin dekat di cintanya
terpeluk dek tangan tak kesampaian
cukup melihat dalam mimpi potretnya berbingkai malam
aku tak sabar menanti
bila pula ketemu?atau aku dalam ragu?
takut bercampur malu?
tapi aku..rindu..orang itu.......

Bodohkah Aku ?

aku lelaki bodoh
cukup payah berkata kata
lagu puisi jadi ganti..ucap patah ayat juga tidak mampu
semacam punya emas...menimbun di lidah
hendak diluah..takut penampakan dek orang
tapi sampai bila?tunggu nafas tinggal di rongga gamaknya?
sampai roh di hujung rambut...baru usai segala agaknya?
aku takut untuk bersuara
takut dia tak gembira, takut dia mencuka
mahukah dia?
atau aku sendirian bermain kata sahaja?
menagih mimpi menjadi impi
sekadar bercita mahukan cinta?
dayaku setakat itu saja

Cahaya

selaut darah duka berlimpahan durja
mengalir dalam sumur perit
tanah subur kini kontang ditumbuhi gelimpangan jasad kosong
hijau pohon berganti hitam dan bernanah
kerangka jihad makin rapuh di mumur lahad tujuh tiga

tapi azam sebahang matahari tak pernah padam
juang tanpa atau dengan senjata satu kemestian
biar terlantai dipijak yahudi biar terlantar dibantai nasrani
melihat gencatan bohong hati jadi bingit

menjerit rasa marah tak keruan menggeletar jiwa
sakit..menahan amarah tak sudah sudah
bengkak mataku melihat perkosaan perang
perlahan kaki menginjak medan hingar itu

berdesir peluru berlalu
senyap...aku jadi kaku...panas tangan kumenahan kemerahan darah
pandangan mula kelam...kelamaan gelap
seketika..kegelapan itu lenyap
ditusuk terang suluhan putih..sangat putih
entah dari mana datangnya
terasa nyaman..panas tidak sejuk pun tidak
terus..suluhan putih itu semakin terang dan terang
sampai satu saat cahaya itu memedihkan mata
hingga membutakan aku