Warkah Usang
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.
Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.
sekejap ada..hilang
sekejap tiada..
datang hairan, pelik, takjub
mana bayang tika hilang
mana layang tika datang
susah nak meneka
hati bicara bukan sebarang ayat dibaca
ia tak datang terus, tak pula sekali
teruja mendengar
terkejut melihat
apalagi kalau berlaku pada diri
hebat bahananya tertimpa
bukan calang nak lupa
0 Caci Maki:
Catat Ulasan