Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Cinta Sepurnama

Ahad, 27 Disember 2009

bermula dalam mimpi
tersua dengannya
berdinding kaca menyilau cahaya
terbit dari wajahnya

sekilas pandangan sedarku
dia didepanku
terjerat hati saat cinta membumbung ragaku

tak pernah kenal siapa dia namanya
tak pernah bertanya mana datangnya dia
hanya aku dirinya mahukan cinta
aku dibelenggui cinta

'sempurnanya dirimu
setulus jiwamu membebankan aku dengan cintamu
menutup kekurangan diriku
dengan kejujuranmu
aku mahu abadi'

saat tersedar ku celikkan mata
sepurnama berlalu
dia hilang dari kewujudan
tersenyum sendiri aku
mengingat cinta yang menjerat
cinta sepurnamaku