Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Kembara Fantasi

Rabu, 30 September 2009

teguh mana bumi dipijak
pasti langit tak berganjak
dalam kembara fantasi mengejar mimpi
tempat beradu sang realiti
lelah menahan amarah dalam sepi menanti
tujuh lautan rimba tak bertepi
aku tuntut waktu yang tersisa
menggali kubur masa
biarlah penat mencari mahuku sendiri
mencari kebenaran yang diam di perigi
dendam berapi
sampai masa aku rayakan
kemenangan dalam genggaman

Raya Datang Lagi

tiap datang raya lagi
aku masih sendiri
duduk menanti hati yang tak pasti
waktu lebaran pagi
mengharap ceria meniti hari
ke sana ke mari ke majlis raikan sendiri
tapi itu dulu
kini raya datang lagi
tapi aku tak sendiri kerna aku ada teman di sisi
kata orang
tak perlu duduk di meja bujang lagi
hati yang lama aku nanti
kini ada sentiasa menemani walau ke mana aku pergi
walau jauh aku berlari tetap disisi
terima kasih buat yang mengasihi
kau aku sentiasa dalam cerita hati

Mohon Dengan Sangat

Isnin, 7 September 2009

kau nyalakan subuh
menyelami api pagi yang terpancar hening
kau tarikan nafas di setiap helaku
saat saja mata ini celik
aku tahu dan tiada pernah aku ragu
dengkelnya aku saat berhadap dengan mu
dengan janggalnya aku bila menurut perintah mu
saat aku hanyut dalam denai dosa
aku juga mengerti kau berkehendak atas segalanya
ya aku tahu
kalau tenang laut yag kecil juga bisa bertukar
menjadi ombak besar yang menelan segala ego
dan bongkak yang ada
dan hidupan di atas muka bumi ini
sekelip sahaja atas kehendak mu
padamu juga aku titipkan dan aku mohon
benarkan aku untuk rasa rindu yang ada ini
menyelinap dalam hatinya
izinkan aku berbicara erti hati
agar aku dan dia kekal sampai mati
sekecil itu saja mintaku sekali ini sahaja aku mohon
aku mohon dengan sangat
mohon dengan sangat
mohon.......dengan sangat