Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Mohon Dengan Sangat

Isnin, 7 September 2009

kau nyalakan subuh
menyelami api pagi yang terpancar hening
kau tarikan nafas di setiap helaku
saat saja mata ini celik
aku tahu dan tiada pernah aku ragu
dengkelnya aku saat berhadap dengan mu
dengan janggalnya aku bila menurut perintah mu
saat aku hanyut dalam denai dosa
aku juga mengerti kau berkehendak atas segalanya
ya aku tahu
kalau tenang laut yag kecil juga bisa bertukar
menjadi ombak besar yang menelan segala ego
dan bongkak yang ada
dan hidupan di atas muka bumi ini
sekelip sahaja atas kehendak mu
padamu juga aku titipkan dan aku mohon
benarkan aku untuk rasa rindu yang ada ini
menyelinap dalam hatinya
izinkan aku berbicara erti hati
agar aku dan dia kekal sampai mati
sekecil itu saja mintaku sekali ini sahaja aku mohon
aku mohon dengan sangat
mohon dengan sangat
mohon.......dengan sangat

0 Caci Maki:

Catat Ulasan