Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Canda Fajar

Ahad, 30 Oktober 2011

pagi kan waktu yang indah untuk kita
bayang fajar baru bangun dari tidurnya

dan kau senyum di sebelahku
masa kau kata, 
aku belum sedar dengan katup mataku

yang sebenar cuma aku pura-pura
biar kau leka
menemani aku ketiduran......

Mainan Mimpi

Ahad, 23 Oktober 2011

setiap letak tidurku
kau pimpin mimpiku
mula gelap sampai bercahaya
sampai aku jadi buta


mimpi seperca dari igauan
dek kuncup kesedaran
jadi gelincir kepekaan
bangkit nafas nyawa, padam ingatan


mimpi sebagian wahyunya mati
aku pilih realiti
demi mengelak tragisnya ngeri
demi menahan pedih ditangisi

Slumber

Khamis, 13 Oktober 2011

ohh kenapa...
pertemuan itu singkatnya
diperli masa
tak habis berkata-kata...


dunia kita bukan untuk semua
tapi cuma kita saja...
wujud di dalamnya
tanpa mereka


aku lemah disini
mencarimu lelah membaluti
berjumpa dan rasa
bila ku jaga kau tiada

GrandParents

Sabtu, 8 Oktober 2011

dari sekecil-kecilnya aku
yang tahu hanya berteriak dan menangis mahu disusu
sampai aku besar bagak
yang selalu membentak berontak


cuma mereka lah orangnya
benar tahan dan liat sabarnya
berdua menjaga tanpa kesalnya
sampai mereka tua.



Kata-Dasar-Hati-Kazat

- Aku percaya setiap dari kita punya takdir sendiri.Kuasa bukan di tangan manusia, kerana dunia ini adalah penjara kecil terindah ciptaan Ilahi -

Hak Gua - Bukan Utk Diciplak


Kalau mahu diambil, mohon keizinanku...tapi kalau lu malu....kreditkan namaku, supaya kredit ku tak habis...
© KARL KAZAT