Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Jadi Diri

Rabu, 25 Februari 2009

hey!!!
apa yang kau lakukan?
apa ini memang sifat mu?
mengikut sahaja kata orang?
cerminkan dirimu
itu bukan layakmu
lagakmu macam lalang

kau belum kenal rona hidup itu
kau belum cukup tambun ilmu
kajilah dirimu.....

jangan sekali kau hipokrit
jadi diri sendiri, kelak kau dihargai
usah malu pada hakikat,kelak kau tenggelam

buat apa kau buat-buat?
tak elokkah jadimu?
atau kau mahu perhatian?
banyak mata memandang?

lupakan omongmu
jadilah diri sendiri,tiada yang rugi
kalau kau terus begini....bila orang temui
sebenarnya dirimu hakiki
mereka lari.....

mahu kau begini?
atau kau kembali pada diri
usah hipokrit....jadi diri sendiri
tiada yang rugi.....

0 Caci Maki:

Catat Ulasan

Kata-Dasar-Hati-Kazat

- Aku percaya setiap dari kita punya takdir sendiri.Kuasa bukan di tangan manusia, kerana dunia ini adalah penjara kecil terindah ciptaan Ilahi -

Hak Gua - Bukan Utk Diciplak


Kalau mahu diambil, mohon keizinanku...tapi kalau lu malu....kreditkan namaku, supaya kredit ku tak habis...
© KARL KAZAT