Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Cukup....Hanya Aku

Isnin, 12 Oktober 2009

sama dengan ku rasanya kau juga perlu tahu
saat aku lali diperlaku tidak adil
menterjemah dalam kata frasanya lain makna
satu yang pasti
tiada ada maaf perantara
jangan endah kerna aku terbiasa
dalam gunungan rasa aku simpan segala
dalam baris pelangi aku warna semua
tak mengapa kalau aku cuma hanya ada
angan dan mimpi mengetuk
mendasari jiwa yang punya syurga di hati
aku bisa sendiri
menepis semua keinginan yang bersarang
dalam jaring belang lelabah di sudut jiwaku

0 Caci Maki:

Catat Ulasan