Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Nasional Internasional?

Jumaat, 9 Oktober 2009

kadang-kadang kita macam orang yang buta tuli lagaknya
tak kenal harta kita sendiri
tari budaya dan peri bangsa kita
mahukan gaya internasional katamu
seni beradat dan berbudaya
yang kalau ditonjolkan terlalu perkauman rasanya
padahal yang benarnya nasional
mahukan kalau perlu jazz,ballet
tapi
bila ditengok tarian joget
tak terbayangkah kau rentak dan gerak geri
tarian-tarian portugis dan sepanyol dalam tarian joget kita
kebanyakan lagu lagu rakyat kita
ada tone lagu cina misalnya dan temponya pula
kadang-kadang bila aku terdengar lagu inang,
tergerak badan dan ayunan tanganku menarikan chacha dan rumba
bukankah itu sudah cukup universal?
hakikatnya tak perlu dibuat-buat
ataukah kerana pakaian?
ada juga benarnya...kerana
mungkin kau mahukan mereka berlindungkan topi koboi
berbaju melayu berstokin panjang
berselipar jepun dan cawat afrika yang dipakai dek tarzan?
itu yang kau rasanya baru universal agaknya

0 Caci Maki:

Catat Ulasan