Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Selamat Tinggal

Isnin, 8 Mac 2010

menunggu sepi yang mendesak
mengertikan ucap selamat tinggal
dalam kabut lidah yang menyekat
rongga kata

memahami yang tersurat dalam tersirat
dalam hari yang pasti aku nanti
sendiri aku tak mengerti

dan aku
mutawatir rasa yang menabir mimpi

berputar masa aku letakkan segala
bersajak aku untuk kau
inspirasi hati tak mahu ia mati
selama aku masih bertahan

takkan selamanya ku ucap selamat tinggal

0 Caci Maki:

Catat Ulasan