Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Suara Di Dinding Mata

Khamis, 25 Mac 2010

aku punya mata untuk melihat
dan aku yakin akal yang dberi untuk aku berfikir

aku bisa mentafsir kalau saja memandang orang
dan kadang kadang aku juga yakin yang aku fikir benar..
aku juga memikir..

guru itu bukan dewa
yang selalu benar..dan murid itu bukan kerbau
yang mahukan saja dan ditarik hidungnya

tapi aku sedar
yang kita tak dapat mengaut semuanya seperti menjaring di sungai
ada sesuatu yang perlu kita gali..
dan aku juga mengerti
yang kita punya cara dan gaya yang beza

dan kerna itulah kita tercipta..

untuk sama berdiskusi antara kita..
untuk kepaduan yang nyata..
bukan berpecah belah..

0 Caci Maki:

Catat Ulasan