Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Kau Mengertikah Makna Benci Ku Itu?

Selasa, 19 Oktober 2010

sekilas pandang pun
aku tatap dengan kebencian
dan aku tepis kasihan dan belas
setiap pertemuan ku iring jelingan tajam
yang membuak - buak
biarlah, kalau ini yang membuat segalanya
usai tanpa sengketa

tapi mengertikah?
kalau tatapan benci itu
bukan kerana aku bencikan dia
itu kerana aku membenci diriku
yang tak mampu menangkis rasa cinta
yang bergelumang dalam diri

dan mengertikah?
kalau jelingan yang ku iringkan itu
sebenarnya penuh dengan kasih dan sayang
yang cuba aku tolakkan ke tepi
kerana hatinya tak mampu untuk aku miliki?

0 Caci Maki:

Catat Ulasan