Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Jangan Biar Hilang Tapi Biar Aku

Sabtu, 6 Ogos 2011

kematian semakin dekat makin datang
satu dua dan seterusnya
Tuhan menjemput setiap yang aku sayangi
Ohh Tuhan...aku tahu ia bukan kekejaman
ia pinjaman

kalau....kalau Tuhan beri aku pilihan
yang mana yang lebih aku sayang.....
maka aku memilih semua yang dekat di hatiku

tapi Tuhan...aku tahu betapa perit rasa hilang
dan aku tak mahu merasa perit deritanya hilang

dan aku menyeru dengan segenap semestaMu
kalau takdirnya aku melihat kematian
sepanjang hayat
dengan segala kudrat aku mohon
Kau tukar takdirku biar datang mautku
haruslah aku dahulu

biar aku tak derita seumur hayat
hanya untuk merasa hilang

sebab aku belum berkepentingan
untuk orang yang aku sayang lebih dari pentingnya
mereka dariku
dan sebab aku tak punya apa untuk dimemorikan

1 Caci Maki:

Catat Ulasan