Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Amarah Sang Gagak Taufan Sang Angin

Jumaat, 20 Februari 2009

Sang gagak hinggap di dahan tamar layu. Sayu hati melihat tanah gersang dulunya subur menghijau di bumi rahmat. Hingar dunia hari ini buat sang insan sibuk hal duniawi. Soal kepada angin, "mengapa kau tiupkan badai songsang lalu di tanah ini?". Tersentak angin, lalu ajukan balas "mudah kau berkata, ia bukan kehendak ku. fitrah ku hanya meniup sahaja. Bukan silap ku kalau ia datang dari lembah gelap di barat. Ini haluan ku, ringan ia ikuti rentak badai ku. Mengapa cebis soalan itu kau aju?". Gagak layu memandang, "Terus, kalau bukan kau, siapa lagi? Apa sampaikah laut kalau derita ini yang dibawanya? Mustahil darat kering ini berlimpahan masin laut?". Taufan angin mendengar betahan gagak lalu membentak, "Apa kau lupa?! Sumatera sejahtera yang dulu jadi persinggahan wali warisan Anbia' pernah derita angkara masin laut! Jangan sekali kau lupa korban di Laut Merah di jazirah itu? Saat Sodom tenggelam?Adakah angkaraku?" Kejung sang gagak lalu jawabnya"memang bukan semua angkaramu, tapi aku goyah dengan dunia hari ini. Cepat benar derita ini ke pelosok bumi ini"."aku mengerti maksud mu gagak, tapi jangan pantas kau letakkan beban padaku, ia angkara insan alpa, aku hanya bertiup, yang mengikut dia, bukan kehendakku. Ku kira kau juga lupa asal nenek moyangmu, keji mengajar dua saudara moyang manusia bertelagah,hingga mengorban nyawa suci berian Ilahi." Gagak kaku kelu. Matanya tertancap pada angin meliuk menghembus badai salju."Moyang ku sanggup menggadai nyawanya demi satu fitrah kematian manusia, usah kau sembunyi hakikat itu, menangis moyang ku saat perintahNya mengorbankan nyawa saudaranya semata ajaran kebumian insan. Lalu moyangku pasrah, melihat saudaranya tertanam kaku dalam tanah itu. Manusia sepatutnya berterima kasih padaku, Bodohnya mereka mencabut nyawa yang bukan kerjanya, tapi kosong saat kebuminya. Itu kau kata keji? Kalau kau di jasadku, hina itu sanggup kau hadapi"berlinang air mata sang gagak menahan pilu."maafkan aku,tidak sepatutnya kata itu ku luahkan padamu. Aku juga begitu, tebal rasa salahku pada iman insan taat. Mereka korban derita yang ku bawa, tapi apakan daya, aku hanya mampu berhembus." Gagak mendongak dengan amarah, "aku tahu. hanya satu jalan untuk kita tamatkan derita ini" angin terkedu tidak memahami. Lalu gagak bersuara" kau tiupkan saja badai taufan biar hapus segala derita ini dan jasadnya, ia pekerjaanku,biar aku memamah bangkainya biar hapus semua". Angin tersenyum lebar lalu tiupan taufan bercempera di sekelililng. Tamat taufan, lingkaran gagak bergerombolan dilihat menjamah hidangan yang dinantikan. Lalu hapus lagenda derita tanah gersang itu menanti lebaran baru sang tamadun.....

0 Caci Maki:

Catat Ulasan