Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Takbur

Selasa, 24 Februari 2009

merempuh danau gersang
melambai dalam kelam
takdir menyebelahi...
likuan ku lalui, beri aku semangat baru
darjah kemenangan ku gapai
tapi aku sendiri
korban bagi perolehan
belum mahu takbur
cuma detik lintasan hati
bukan salah segala ku gapai
asal saja aku menang
biar apa terkorban, biar siapa bernisan
cuma...
apa erti jihad, diiring pesong niat
biar tiada menang, asal aku dalam benar
agar ku tak sendiri, agar ku tak berteman sepi

0 Caci Maki:

Catat Ulasan

Kata-Dasar-Hati-Kazat

- Aku percaya setiap dari kita punya takdir sendiri.Kuasa bukan di tangan manusia, kerana dunia ini adalah penjara kecil terindah ciptaan Ilahi -

Hak Gua - Bukan Utk Diciplak


Kalau mahu diambil, mohon keizinanku...tapi kalau lu malu....kreditkan namaku, supaya kredit ku tak habis...
© KARL KAZAT