Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

K.A.W.A.N.

Rabu, 18 Mac 2009

kata pujangga, berkawan biar seribu, bermusuh biar satu
dalam kawan juga ada musuh
kawan..
sebenar-benar kawan...mereka yang ada sentiasa
susah rasa sama, kala senang bahagi rata
mencari mulia hatinya...payah..... sekadar bersuka-suka...di lorong-lorong,
jalanan...bersidaian sana sini.. tapi yang benar-benar...carilah..teroka....
sekitar maya pun..kalau bukan takdirnya... semua bukan milik kita...takkan selamanya
keberadaannya kekal bersama..

erti sahabat.....bukan murah....sekali pun tiada tanda harganya.....
penghargaan berian mereka..balas dengan kepercayaan..
keredhaan milik kita...abadi...

0 Caci Maki:

Catat Ulasan

Kata-Dasar-Hati-Kazat

- Aku percaya setiap dari kita punya takdir sendiri.Kuasa bukan di tangan manusia, kerana dunia ini adalah penjara kecil terindah ciptaan Ilahi -

Hak Gua - Bukan Utk Diciplak


Kalau mahu diambil, mohon keizinanku...tapi kalau lu malu....kreditkan namaku, supaya kredit ku tak habis...
© KARL KAZAT