Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Puaka Bangsa (buat mereka yang BUTA dan TULI)

Sabtu, 7 Mac 2009

hanya kerna cinta bahasa
pejuang kau tuduh pengkhianat
kau robohkan bahasa dengan kuasa
apa salah dan dosa
mereka pertahankan hak, kau ketepikan semua pihak
suara kau bisukan, perasaan kau matikan
kau jadi buta, kau juga tuli
mana sayang mu pada bangsa
belum kira pada bahasa
memang kau puaka bangsa
apa erti maju jaya, tapi adat dan junjungan kau persia
kau sembunyi hakikat,kau taburi temberang
belum layak kau tadbir bangsa
kalau kau lupa tamadun kita
bahasa kau hina, bangsa kau pijak
hanya mahu kuasa, mahu jadi puaka

0 Caci Maki:

Catat Ulasan