Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Aku...Rindu...Orang Itu...

Selasa, 16 Jun 2009

tidur aku kembali merindu
rindu akan sesuatu rindu akan orang itu
hati kepingin dekat di cintanya
terpeluk dek tangan tak kesampaian
cukup melihat dalam mimpi potretnya berbingkai malam
aku tak sabar menanti
bila pula ketemu?atau aku dalam ragu?
takut bercampur malu?
tapi aku..rindu..orang itu.......

0 Caci Maki:

Catat Ulasan