Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Bodohkah Aku ?

Selasa, 16 Jun 2009

aku lelaki bodoh
cukup payah berkata kata
lagu puisi jadi ganti..ucap patah ayat juga tidak mampu
semacam punya emas...menimbun di lidah
hendak diluah..takut penampakan dek orang
tapi sampai bila?tunggu nafas tinggal di rongga gamaknya?
sampai roh di hujung rambut...baru usai segala agaknya?
aku takut untuk bersuara
takut dia tak gembira, takut dia mencuka
mahukah dia?
atau aku sendirian bermain kata sahaja?
menagih mimpi menjadi impi
sekadar bercita mahukan cinta?
dayaku setakat itu saja

0 Caci Maki:

Catat Ulasan