Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Bukan Diriku

Sabtu, 18 Julai 2009

bukan aku tak mahu tapi inilah diriku
aku tak biasa meminta juga tak perlu sumbangsihmu
bukan niat ku menolak tapi ini naluriku
andai ada yang perlu ku hulur saja apa yang termampu
tiada rasa mengharap sesuatu
selagi terdaya aku membantu
aku takut dengan balasan berian mu
gundah jika kelak aku pula terbiasa meminta
tak mahu malu menjerat batinku
segan menyelimuti silu mengafani kalbu
hanya mahu kau tahu ini sifatku
kalau nanti kau marah padaku....

0 Caci Maki:

Catat Ulasan