Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Jalan Nostalgik

Ahad, 5 Julai 2009

nostalgia jalan yang lama ku tinggal
lama ku kenang kembali
arah tak bertanda kusam berdebu
aku memesong sebalik jalan hakiki
berpandu serakah
kata kalbi bertakhta meresap cinta duniawi
dan terpisah aku dari manis perhentian serambi
malai langkahku hanyut dalam gelora hati
maka aku dewasa dengan kerapuhan
memilir dalam dosa tak henti
benar bukan itu yang aku tuju
tapi itu yang hinggap padaku
bersarang terus tak goyah tak lekang
sukar terpisah kesannya membakar mencabar
teguh hati
dalam pembaringan
aku menghitung bintang di langit
menanti mentari datang lagi
menerangi kembali jalan azali

0 Caci Maki:

Catat Ulasan