Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Biar Saja Aku Dan Derita

Selasa, 11 Ogos 2009

siapa tahu derita aku?
biar aku simpan buat selamanya
untuk apa simpati orang
kalau hayat tak lama
cuba aku terus di jalan rona ini
kalau benar
aku mahu terus melihat mentari tiap pagi ku
aku mahu terus pejamkan mata senja setiap ia berlabuh
hari ini, esok dan seterusnya
sampai masa tuhan memanggilku
beriring malaikat menjauhkan jasad
aku redha dan aku tahu aku takkan kembali
meninggalkan pahit manis
penjara bergelar dunia

0 Caci Maki:

Catat Ulasan