Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Satria Belantara Maya

Jumaat, 14 Ogos 2009

dalam jasad mumur di belantara
bermantera api aku isikan kersani
membalut pelusuk belikat terbeban
bersumpahkan langit tujuh berlapis
menyeringai nadi nadi satria
bertarung irama tari pahlawan jagat
tak terusik ayunan sengat maut
berpencak segala jurus
yang berhadap segala langkah
dalam gelanggang bernyawa darah
kalau nyawa sekalipun aku hunus kejam
tak mungkin mententeramkan aku
kuburnya jasad belum tentu bersama semangat
membiar bukan berundur ertinya

0 Caci Maki:

Catat Ulasan