Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

5 Tahun

Selasa, 27 Oktober 2009

habis bersua bicara aku dikata gila
sejak itu tiada sesaat bertemu muka
menapak haluan berasing terus tak berhenti
berganti saat siang tidur membangkit malam
khabar masih menari tapi kejap..melayan tidak,kesibukan memagar
menggelongsor arah berbeza
beranjak masa saat bulan dan bintang berlalu
memberi mentari ruang
apa aku terus dalam tunggu
berpasang-pasang hati berganti masih kebal
ingatan padanya
apa dia pun sama aku sendiri malah tidak tahu
saat teman punya pasangan,aku sendiri
tapi aku fahami sedari azali maka ia datang sendiri
sampai satu saat aku singkir takut pada kata gila
dua selepas hari lahirnya
ku khabarkan rahsia pada malam yang akhirnya
keduanya sama rasa..bintang kilau gembira,bulan suram berseri
bukan sia aku nanti maka kunci hati membuka pintu istimewa
satu-satunya untuk dia
janji aku jaringkan,dia bukan untuk sia-sia
hanya untuk aku,dia dan bahagia
memadam dari kamus erti teman mencoret makna cinta

0 Caci Maki:

Catat Ulasan