Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Buat Mereka...Dengar Ya...(1)

Selasa, 27 Oktober 2009

kala orang bicara tentang agama..aku diam
bukan kerna kosong pengisian didadaku
tapi aku terkilan..kadang kala lagak ulama walhal diri sendiri..
bila aku dikritik tentang benanya karya ku berbentuk cinta dan dunia
apa salah aku dan puisi ku dipandang enteng
hanya ayat tersusun berbunga tapi tiada yang seakan menuju arah dakwah?
apa salahkah aku sebegini?
aku hanya membuka apa yang ada dibalik hati
bukan sia-sia
aku juga mahu mereka tahu kalau aku ini buat bukan untuk berbangga
tapi untuk kepuasan sendiri
lebih baik dari mereka yang mengaku alim tapi dibelakangi syaitan
berselindung dibalik jilbab yang menyorok rasa pura-pura..
munafik kan itu?
berbangga dengan usaha tak seberapa tapi dakwah katanya
bukan aku menyanggah
tapi hakikat..buat mereka..dengar ya..
jangan terlalu memikirkan kebanggaan yang satu hari nanti akan lupus
jangan sibuk dengan kepuraan berbaik tapi di belakang...
sekalipun kau bangga usahamu tak kemana
bukan dakwah itu mengejar nama saja
cukuplah..hentikan munafikmu
mahu kalau dibandingkan ilmumu denganku?
maaflah..aku tak mahu membuka kerna aku tak mahu menunjuk..
aku punya cara sendiri..tanya saja pada mereka yang kenal denganku
maka kau akan tahu setiap bicaraku titipkan pada mereka bukan sia-sia...

bersambung di...
Buat Mereka..Dengar Ya..(2)

0 Caci Maki:

Catat Ulasan