tiap manusia sekarang sedang terdampar dikeruhnya satu sisi dunia
ada yang mengeluh dengan basahnya peluh
tak kurang langsung terus bermandi dosa dosa
sampai saat cermin hati jadi pudar jadi kusam
menjamah wajah wajah suci,
menjamah segala baiknya isi rohani
ego menenggelamkan terus
tanpa kelihatan secebis pun warna kehidupan
padam..semuanya hilang mengalirkan semua kebahagiaan
di setiap sudut hati manusia terus ke empangan hina
berkumpul dan berkeladak tanpa dapat jernih setitik pun
yang satu hari nanti jadi badi waris waris kita
untuk terus kekal mengadaptasi rasa yang sama
lebih parah menggubal firasat baru
membangkitkan jangkitan
yang akhirnya memusnahkan harapan kepalsuan tentang
cantiknya isi dunia, bahagianya saat nikmat cinta dan selesa
dan semuanya
Warkah Usang
Assalamualaikum w.b.t.
Tiada apa nukilan menarik, hanya lembar warkah untuk tatapan semua. Harapan agar ini menjadi lembah melontar bait fikir dan perkongsian rasa.Memangnya hanya bait-bait puisi sahaja yang ada untuk dikongsi bersama.Kerna puisi ini bagi aku adalah jiwa dan akal yang disulami baris kata.Itu sahaja yang mampu dipersembahkan.Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Aku Dan Sesuatu
- Tari Puisi
- asal aku hidup dlm dunia aku sendiri...penyatuan jasad, akal, hati dan pegangan dalam diri menjadikan aku insan sempurna menghamba pada Ilahi
Isnin, 2009 November 09
Keterpurukan Manusia (Aku, Kau & Semua)
Bicara Lara Tari Puisi pada 16:34
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 komentar:
Catat Ulasan