Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Simpang Jalan Dunia

Jumaat, 1 Januari 2010

akan sampai ketika..
kadang kadang terasa dunia ini berbagi
dua simpang yang berbeza..
harus kita memilih satu itu pasti mesti

melihat jalan yang teratur
tanpa compang camping
terus menongkah langkah
mara kerna enteng melihat
sampai penamat itu saja mahu
tanpa sedar ribut kalut di penghujung
tak seindah mimpi jalanan

jalan buruk
dengan likuan semak samuk
begitu sahaja ditolak
dan sebenarnya
tak sedar nyamannya di penamat
betapa syurganya ia

kita paling lupa
kalau itu yang dicari
bukan mudah untuk mudah
bukan sukar untuk sukar
kita yang berhak
penentu ditangan kita

0 Caci Maki:

Catat Ulasan