Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Aku Yang Mahu Ia Kembali

Isnin, 5 Julai 2010

suatu malam pekat
saat semuanya mengimbau mimpi
aku sendiri meleraikan segala kekusutan
nyahkan segala ikatan

dan aku usaikan segala perhubungan
untuk aku jauhkan dari diri

bukan bermakna aku lari
tapi aku mahu sendiri
layaknya seperti yang lain punya privasi
tanpa kata, tiada bahasa aku senyap
bersembunyi yang pada zahirnya bukan terjadi

cuma aku kepingin rasa sunyi,sepi
yang dulu menghambat diri
tapi kini aku mahu ia kembali

0 Caci Maki:

Catat Ulasan