Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Yang Dimulakan Dan Bakal Dihabiskan

Isnin, 5 Julai 2010

hidupku mula terkesan
saat terusai ijab kabul kedua orang tua ku..
aku belajar memijak tanah saat kaki masih goyah
dan aku belajar segalanya

dan dari orang tua ku
ku peroleh segalanya perlahan-lahan
kira-kira, agama, sejarah, keluarga dan cinta
segala perhitungan ilmu di dunia

dan aku terdetik menulis
kala aku rasa ada sesuatu dalam otakku
merempuh antara mereka di pintu jari penaku

sedari itu
aku terusan menulis dan menulis
sampai tiba waktu itu
hari otakku mati.. dan jariku kehabisan dakwat penanya..

0 Caci Maki:

Catat Ulasan