Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Selamat Hari Jadi 'Cinta'...

Khamis, 26 Ogos 2010


"dan di pagi yang indah ini
di saat matamu terbuka menatap matahari pagi
ku helakan bisik halus dari hati
~~ selamat hari jadi ~~"

buat kamu yang benar - benar aku sayangi
buat kamu yang di mataku sang puteri 
kamu menjengah satu lagi dimensi baru dalam diri

dan untuk itu, aku titip doa pada Ilahi
moga Dia selalu memayungi
hari - hari yang kau lalui
dengan segala kasih dan rahmat yang tak berbelah bagi....


** untuk dia yg bakal ku jadikan permaisuri...selamat hari jadi 'cinta'.....

0 Caci Maki:

Catat Ulasan