Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Perempuanku

Khamis, 19 Ogos 2010

apa adanya istimewa kamu di mataku
aku tak dapat memberi jawapan pasti...
tapi aku tahu apa yang aku mahu
yang ada pada mu itu

kerna
aku mahu perempuan yang kuat semangatnya
agar satu saat aku tidak lagi bernyawa dia bisa tabah
aku mahu perempuan yang berdiri di kakinya sendiri
agar dia tidak cengeng saat aku tak mampu memberinya apa apa
aku mahu perempuan yang kuat agamanya
agar ikatan yang ku bina duduk di bawah lindungaNya
aku mahu perempuan yang mementingkan keluarganya
agar zuriatku dibelai seluruh kasih dan mesra
aku mahu perempuan yang penuh kasih dan sayang
agar setiap pertelingkahan bisa diredakan dengan senyum dan cumbu mesra


aku tak mahukan kecantikan
kerna ia bisa hapus dek usia yang berlanjutan
aku tak mahukan kebendaan
kerna ia bisa lesap dibelanjakan

aku hanya mahukan kamu
perempuan yang ku sebut-sebutkan itu...
semua ada padamu...

4 Caci Maki:

Camellia berkata...

yeah! finally saya jumpa seorang lelaki yang mampus menulis dari hati. :) gib me five la~

Misz Sephia berkata...

it's sooo lovely.. saya suke!

maria berkata...

nice...really touch me up... gud work..!!

Karl Kazat berkata...

tq..

Catat Ulasan

Kata-Dasar-Hati-Kazat

- Aku percaya setiap dari kita punya takdir sendiri.Kuasa bukan di tangan manusia, kerana dunia ini adalah penjara kecil terindah ciptaan Ilahi -

Hak Gua - Bukan Utk Diciplak


Kalau mahu diambil, mohon keizinanku...tapi kalau lu malu....kreditkan namaku, supaya kredit ku tak habis...
© KARL KAZAT