Warkah Usang

Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas...
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikirku yang selalu memberontak ingin dikeluarkan.
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar mewah.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Tetapi aku ini adalah tanah liat yang diberi nyawa oleh Tuhanku.

Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja.

Fitrah

Isnin, 9 Ogos 2010

aku tak pernah bisa lupakan janji ku
dan aku tak pernah bisa untuk lupakan Mu
setiap nafas ku hela untukMu
dan setiap langkahku hampir kepada Mu

lautan luas sekalipun
belum tentu dapat menampung setitis kasihMu
yang kau titipkan padaku

insan serba tiada itu aku
dan segala kekurangan itu juga aku
tanpa Mu tiada apa yang aku mampu
dengan nadi yang Kau denyutkan
aku abdikan seluruhnya pada Mu

0 Caci Maki:

Catat Ulasan